Thursday, March 15, 2007

Selamat Datang Ke Relexjap

Pengenalan - Selamat Datang Ke Relexjap!!!

"O me! O life!... of the questions of these recurring; of the endless trains of the faithless--of cities filled with the foolish; what good amid these, O me, O life? Answer. That you are here - that life exists, and identity; that the powerful play goes on and you may contribute a verse."
– Whitman, poet

Kata orang, “mata pena lebih tajam dari mata pedang”.

Ide dan pemikiran manusia mampu merubah dunia. Perubahan dan kemajuan dunia amnya dan ummah khususnya bermula dari inisiatif beberapa orang individu menukilkan apa yang bergolak di dalam akal mereka untuk dimetraikan di atas kertas. Seterusnya, kertas-kertas ini dihimpun menjadi artikel, risalah dan buku yang disebarkan untuk menjadi inspirasi pada kelumpuk manusia. Akhirnya, pemetraian ide-ide ini dalam bentuk zahiriah telah melahirkan beberapa kelumpuk manusia yang berjuang merealisasikannya.

Masa berlalu, ada kalanya ide-ide ini lapuk ditelan arus zaman dan adakalanya ia akan terus disebarkan dari satu generasi ke generasi yang lain, menghidupkan satu kesinambungan mutlak dan penting dalam sejarah pembangunan ummah.

Kemajuan pesat teknologi telah memudahkan lagi penyebaran maklumat, ide-ide dan nukilan individu. Relexjap ditubuhkan agar kami dapat menjadi katalis dalam mencapai hasrat ini.

Relexjap telah ditubuhkan pada 5 November 2000. Sejak penubuhannya, eGroup yang asalnya dizahirkan sebagai media pertukaran maklumat antara rakan chatters pemilik grup ini telah berkembang pesat hingga mampu memahat imej sebagai ‘Gedung Ilmiah Internet Malaysia’.

Perkembangan ini juga telah melahirkan beberapa penyumbang utama yang menulis secara eksklusif ke Relexjap. Tradisi menulis “artikel original” ini telah berlanjutan hinggalah sekarang, di mana kebanyakan artikel dan posting yang tersiar di Relexjap merupakan “hasil karya sendiri” yang tidak terdapat di kumpulan lain seumpamanya, malah kadangkala banyak artikel yang dihantar ke kumpulan lain adalah berasal dari Relexjap!!

Kejayaan yang telah dicapai setakat ini adalah hasil dari usaha barisan Moderator dan warga kumpulan mewujudkan satu persekitaran sihat yang membolehkan ahli kumpulan bertukar pandangan dan menyuarakan pendapat dengan bebas, tanpa takut untuk ‘diserang’ oleh individu lain di kumpulan yang sama. Lebih dari itu, tradisi ini telah mengerat dan mengukuhkan lagi silaturrahim sesama ahli.

Setiap pandangan diberikan secara bernas, berilmiah dan berdasarkan fakta, hujah dan dalil yang kukuh mengikut kemahiran dan latarbelakang ahli. Warga kumpulan juga mampu berjenaka, usik mengusik dan saling menasihati dalam satu senario yang menceriakan.

Untuk mengekalkan tradisi Relexjap ini, barisan Pentadbir telah menghasilkan Garis Panduan Warga Kumpulan ini sebagai rujukan penting bagi setiap ahli. Langkah ini diambil sebagai mewujudkan batu asas yang kukuh di masa hadapan persis membawa Relexjap ke tahap yang lebih tinggi, lebih membanggakan, lebih professional dan lebih bermanfaat bukan sahaja untuk ahli, malah untuk umat manusia secara keseluruhannya.

“Relexjap bersama kami, dan anda akan memahami maksudnya”

- Pentadbir Relexjap -

Cara Menyertai Relexjap

Terdapat 2 cara:

1) Melalui Emel - Hantarkan emel kosong (kosongkan bahagian "Subject" dan bahagian di mana anda menulis mesej anda) ke
Relexjap-subscribe@yahoogroups.com . Sila dilakukan proces ‘Reply’ untuk melakukan ‘Confirmation’.

Kelebihan
a) Boleh subscribe dari mana-mana alamat emel yang anda suka
b) Caranya segera dan mudah

Kekurangan
a) Tidak boleh memanfaatkan arkib, files, bookmarks dan polling Relexjap yang hanya boleh di dapati melalui web.
b) Hanya boleh menghantar posting dari satu alamat emel sahaja (melainkan anda menggunakan berbilang identiti)

Sekiranya anda telahpun menjadi ahli dan ingin akses ciri-ciri lain di website Relexjap seperti Message Archive dan Files, layari
http://groups.yahoo.com/group/Relexjap, dan seterusnya klik "conversion wizard" (di bahagian kanan hompej) dan ikuti arahan yang diberikan.

2) Melalui Web - Layari
http://groups.yahoo.com/group/Relexjap dan klik "Join This Group". Anda akan di bawa ke satu laman yang meminta anda masukkan Yahoo! ID anda. Dapatkan Yahoo! ID anda terlebih dahulu jika anda belum mempunyainya. Kemudian, ikutlah arahan yang diberi.

Kelebihan
a) Anda boleh 'configure' sama ada hendak menerima postings dari Relexjap di dalam mailbox anda atau membacanya di laman web Relexjap sahaja.
b) Anda boleh 'convert' alamat emel anda yang lain untuk menghantar atau menerima postings dari Relexjap
c) Anda boleh memanfaatkan arkib, files, bookmarks dan polling Relexjap

Kekurangan
a) Sedikit sukar bagi yang tidak mahir dalam penggunaan portal Internet
b) Tidak boleh digunakan oleh mereka yang mana syarikat tidak membenarkan penggunaan Web.

Jika anda menerima email dari Yahoogroups meminta agar anda ‘confirm’ keahlian, sila ikuti arahan yang dinyatakan dalam email tersebut. Kegagalan membuat demikian mungkin akan menyebabkan permohonan keahlian anda ‘tergantung’ dan menyulitkan.
Kaedah Menghantar Artikel Ke Relexjap

Sila hantarkan artikel, posting dan respon anda HANYA KE
Relexjap@yahoogroups.com